BIDANG TUGAS


1.      PENASIHAT
1.1.   Berfungsi sebagai Pengerusi / Naib Pengerusi JKBPRIPIP induk:
1.2.   Selaku penasihat/ pemudahcara/ penyelaras/ penyelia/ pemerhati kepada JKBPRIPG KAMPUS IPOH.
1.3.   Mengawal perjalanan pilihanraya JPP/ IPG KAMPUS IPOH dari mula hingga akhir
1.4.   Mencari/ Menyediakan peruntukan makanan dan minuman JKBPRIPG KAMPUS IPOH dan kakitangan kerja pada hari pembuangan undi
1.5.   Mengumumkan Keputusan Penuh pilihanraya JPP/ IPG KAMPUS IPOH 2010 sebaik sahaja tamat proses pengiraan undi
1.6.   Menyampaikan keputusan pilihanraya bersama-bersama Pengerusi/ Setiausaha JKBPRIPG KAMPUS IPOH kepada Pengarah/ Timbalan Pengarah, IPG KAMPUS IPOH setelah selesai proses pengiraan undi.
1.7.   Merancang dan melaksanakan Majlis Penyampaian Watikah bersama-sama JKBPRIPG KAMPUS IPOH dan HEP/IPG KAMPUS IPOH
1.8.   Menerima dan menyimpan laporan lengkap pilihanraya 2010 daripada setiausaha JKBPRIPG KAMPUS IPOH 2010
1.9.   Menyerahkan laporan lengkap pilihanraya 2010 kepada Pengarah/ Timbalan Pengarah pada akhir tahun ( jika diperlukan) 

2.      PENGERUSI / PENOLONG PENGERUSI
1.1.         Pengerusi Mesyuarat
1.2.         Memastikan semua JK/ Biro menjalankan tugas seperti yang diberi/ sepatutnya
1.3.       Orang perantaraan JK dengan Penasihat
1.4.       Menjaga kebajikan semua JK dan kakitangan Pilihanraya.
1.5.       Sentiasa bekerjasama dengan semua JK.




2.      SETIAUSAHA/ PENOLONG SETIAUSAHA
          2.1     Memanggil mesyuarat
           2.2     Mempengerusikan mesyuarat JK semasa ketiadaan Pengerusi/Naib Pengerusi
          2.3     Mencatat/ menyedia/ menyimpan minit mesyuarat
          2.4     Sentiasa bekerjasama dengan Pengerusi/ Naib Pengerusi/ ParaPenasihat
          2.5     Memastikan semua JK/ Biro menjalankan tugas seperti yang diberi/ sepatutnya
          2.6     Mendapatkan laporan daripada JK/Biro
          2.7     Menyediakan laporan penuh keputusan pilihanraya
          2.8     Menyimpan kertas undi yang sudah/ belum digunakan
          2.9     Menyediakan laporan lengkap pilihanraya

3.      BENDAHARI/ PENOLONG BENDAHARI
          3.1     Menyedia/ menyimpan penyata kewangan dan resit pilihanraya
          3.2     Memungut/ menyimpan wang pertaruhan calon pilihanraya
          3.3     Memulangkan wang pertaruhan calon pilihanraya (yang layak sahaja)

4.      BIRO PENAMAAN CALON/ PENOLONG BIRO PENAMAAN CALON
4.1  Menyediakan borang penamaan calon secukupnya
4.2  Menyediakan tempat penamaan calon
4.3  Menyediakan label meja di tempat penamaan calon
4.4  Menyimpan semua borang penamaan calon bagi calon-calon yang bertanding
4.5  Memastikan setiap calon yang bertanding menghantar seorang pencadang dan seorang penyokong semasa hari penamaan calon.
4.6  Bekerjasama dengan JK/ Biro/ Penasihat
4.7  Menyediakan laporan lengkap perjalanan hari penamaan calon

5.        BIRO  KEMPEN PILIHANRAYA/PEMBENTANGAN MANIFESTO
5.1  Memberitahu kepada setiap calon yang bertanding tentang etika ketika mneyampaikan pidato dengan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum/individu
5.2  Memastikan setiap calon yang bertanding menghadirkan diri pada hari yang ditetapkan untuk pembentangan manifesto
5.3  Menguruskan hari pembentangan manifesto secara keseluruhannya dengan baik (urutan calon bertanding untuk menyampaikan pidato, pengerusi majlis, siaraya)
5.4  Bekerjasama dengan JK/ Biro/ Penasihat
5.5  Menyediakan laporan lengkap perjalanan hari pembentangan manifesto






6.        BIRO PENERANGAN/ PENOLONG BIRO PENERANGAN
6.1  Menyediakan/ menampal poster-poster
6.1.1        Pengumuman Pilihanraya JPP 2010
6.1.2        Calon-calon bertanding
6.1.3        Pengumuman calon yang menang tanpa bertanding atau/ dan calon yang menang dalam pilihanraya.
6.2  Memastikan peraturan-peraturan dalam Akta Pilihanraya IPG Kampus Ipoh, perkara 13 ceraian 13.2 dipatuhi sepenuhnya oleh semua calon.
6.3      Menyediakan tempat bagi calon untuk menampal poster.
6.4  Sentiasa bekerjasama dengan semua JK/ Biro/  Para Penasihat
6.5  Menyediakan laporan lengkap yang berkaitan dengan perjalanan perang poster para calon.

7.         BIRO TEMPAT MENGUNDI & PETI UNDI
7.1  Menyediakan kertas undi secukupnya
7.2  Menyediakan Buku Daftar Pemilih 2010
7.3  Menyediakan peti undi secukupnya dan menyimpan peti undi di tempat yang selamat
7.4  Mengawas peti undi semasa pembuangan undi dijalankan
7.5  Menyediakan pelan perjalanan pembuangan undi dan jadual pembuangan undi mengikut kelas/ unit
7.6  Menyemak nama-nama pengundi dan menyerahkan kertas undi kepada pengundi pada hari pembuangan undi
7.7  Memastikan tempat mengundi dikemas dan bersih sebelum dan selepas pembuangan undi. Tinggalkan tempat mengundi dalam keadaannya sebelum digunakan sebagai tempat membuang undi
7.8  Menyediakan laporan lengkap perjalanan hari pembuangan undi
7.9  Sentiasa bekerjasama dengan semua Jk/ Biro/ Para Penasihat
7.10 Memastikan giliran pengundi berjalan lancar, teratur dan licin
7.11 Menyediakan label-label nama tempat-tempat yang terdapat dalam tempat mengundi. Contoh tempat memangkah/ mengundi, peti undi , tempat wakil calon/ pemerhati dan sebagainya.

8.       BIRO TEMPAT MENGUNDI/ PENOLONG BIRO TEMPAT MENGUNDI
8.1  Menyediakan/ memastikan semua peralatan termasuk meja, kerusi, pensil dan tempat mengira undi mencukupi dan selamat digunakan
8.2  Menyediakan bekas/ kotak secukupnya untuk tujuan mengira undi
8.3  Menyediakan kakitangan secukupnya untuk tujuan mengira undi
8.4  Calon terlibat semasa pengiraan undi.