Sunday, September 26, 2010

KEMPEN BERMULA!!!

Setelah tamatnya penamaan calon yang berlangsung pada 25 September 2010 (Sabtu) di Kafetaria Asrama IPGKI maka bermulalah sesi kempen antara calon-calon yang mendaftarkan diri bertanding jawatan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2010/2011.


PERINGATAN KEPADA CALON-CALON

Semua calon hanya ada sekurang-kurangnya 9 hari (26 September 2010 - 3 Oktober 2010) untuk berkempen kepada pelatih-pelatih IPG Kampus Ipoh

Syarat-syarat kempen adalah seperti berikut:

1) Tempat-tempat yang DIBENARKAN untuk menampal yang poster ialah pada papan-papan notis tertentu dan TIDAK DIBENARKAN di tampal pada dinding-dinding mana-mana bangunan di kampus.

2) Isi kandungan poster TIDAK BOLEH menyentuh sensitivi mana-mana pihak.

3) Calon bertanggungjawab membersihkan semula kawasan kempen masing-masing sesudah tamat pilihanraya. Setiap calon hanya diberi 1 hari untuk membersihkan kawasan tersebut. Tindakan akan dikenakan sekiranya terdapat calon yang ingkar.

4) Semasa manifesto dijalankan pada 27 September 2010 (Isnin) pukul 9 malam, setiap calon hanya diberikan masa 3 minit untuk berpidato dan membentangkan manifesto masing-masing.

5) Sebarang kata-kata hasutan, hinaan, atau tidak baik didengar TIDAK DIBENARKAN semasa berpidato. Calon atau penyokong-penyokong yang didapati melakukannya akan dikenakan tindakan di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar. 

6) Tiada lagi aktiviti berkempen selepas jam 12 tengah malam pada 3 Oktober 2010 sehingga pilihanraya.

7) Calon yang melanggar mana-mana syarat-syarat semasa berkempen akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Hal-Ehwal Pelajar IPG Kampus Ipoh.


KEMPEN

Blog JPK IPGKI ini akan dijadikan tenpat untuk semua calon berkempen. Justeru, sesiapa calon yang berminat untuk berkempen di dalam blog ini, bolehlah menghantar softcopy kempen anda kepada alamat e-mail ini : spripgki@yahoo.com

Selepas anda menghantar softcopy tersebut PASTIKAN anda menulis di 'shoutbox' di laman depan blog ini untuk memudahkan admin blog mengetahui anda menghantar bahan-bahan kempen anda.
Contoh:
"salam admin, saya salah sorg calon, saya ada menghantar softcopy bahan kempen u dimasukkan k dalam blog ini.tq"

Sebarang pertanyaan berkaitan kempen bolehlah merujuk:

Hasmiyuhairi b Yusof
019 4173967
Ketua Biro Manifesto dan Kempen
Jawatankuasa Pilihanraya Kampus IPGKI



"SELAMAT BERKEMPEN KEPADA SEMUA CALON"

No comments:

Post a Comment